Syarat Perkhidmatan

Dengan menggunakan ciri sembang daripada Google ("Perkhidmatan"), anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Syarat Perkhidmatan Google, Dasar Privasi Google, serta syarat tambahan ini (secara kolektifnya disebut “Syarat Perkhidmatan”). Ciri sembang berfungsi dengan nombor telefon dan disebabkan perkara ini, ciri tersebut mungkin melalui penyedia perkhidmatan lain untuk menghubungi nombor telefon tersebut. Anda bersetuju bahawa kenalan anda mungkin disemak sekali-sekala untuk mengetahui keupayaan ciri sembang bagi menyediakan Perkhidmatan. Google mungkin sekali-sekala bertukar-tukar maklumat peranti anda, termasuk pengecam peranti atau maklumat kad SIM, dengan pembawa anda untuk mengesahkan nombor telefon anda dan menyediakan Perkhidmatan. Syarat Perkhidmatan ini tidak dikenakan pada ciri dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembawa anda (mis., panggilan dan pemesejan pembawa, termasuk SMS/MMS/dsb.). Anda boleh menghentikan penggunaan Perkhidmatan dengan mematikan perkhidmatan tersebut dalam tetapan aplikasi pemesejan anda.

Perkhidmatan ini disediakan oleh Jibe Mobile, Inc., sebuah subsidiari Google LLC.